Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Servis Malam Jumaat

Malam Jumaat;22 Sept 2011.- Makmal Komputer Atas Siang tadi,  jam 7.30 ptg aku dapt mesej dari Firdaus, Jaga SKSYP1...lampu bilik komputer X ttp nii. Mmemandangkan waktu maghrib dah masuk, aku terus mengerjakan solat maghrib dan kemudian bergegas ke masjid Ar Rahmat kerana malam nii ada kelas Tajwid. Selesai urusan di masjid dan pekena sedikit teh o, aku terus ke sekolah berkaitan mesej Firdaus tadi. Sebelum terlupa..di masjid tadi, aku ditunjukkan oeh Pak Yeh sebuah lagi speker lama masjid yang sudah tidak digunakan. Sebenarnya..sebelum ini aku telah minta sebuah speker masjid yang tidak digunakan lagi dan telah lama disimpan dalam stor..untuk kegunaan makmal komputer. Termasuk yang baru di tawarkan oleh Pak Yeh ini, maknanya telah ada dua speker yang insyaAllah akan digunakan untuk makmal komputer tingkat atas dan bawah. Sebenarnya speker dalam makmal ini sangat berguna..pertamanya kalau ada apa-apa pengumuman, pengguna makmal akan dapat maklumat yang diumumkan. Sebelum ini kalau a

Tuntutan Upgred wireless akhirnya dibayar -sebahagian jee....

16 Ogos 2011 ( Selasa), Selepas selesai punch kad, aku dipanggil oleh Ketua Pembantu Tadbir (CC) ke biliknya. Beliau mengeluarkan beberapa dokumen berkaitan tuntutan upgred wireless yang aku buat minggu lepas. Tuntutan sebanyak RM390.00 yang dibuat melalui 3 resit akhirnya dilunasi setelah semua dokumen berkaitan ditandatangani dan kini aku dapat kembali RM yang telah dibelanjakan. Kos-kos untuk upah-mengupah tak kira. Tuntutan hanya untuk beli alatan sahaja. Sebahagian lagi tuntutan dibuat kepada PIBG..setakat ini, masih dalam proses..kalau tak silap jumlahnya dalam RM300.00 lebih juga. Harap-harap PIBG tiada masalah dalam menguruskan hal-hal seumpama ini.

Akses Internet melalui Kabel LAN ke Bilik PK Pendidikan Khas dipastikan OK

Khamis - 18 Ogos 2011. Sebelum bergegas untuk kerja-kerja SULIT UPSR di Bilik Kebal SMKKK, akses internet ke bilik PK Pend Khas; Cikgu Mat Ail telah dipastikan berfungsi dengan baik. Akses internet melalui sambungan kabel LAN tentunya lebih laju berbanding dengan wireless. Cikgu Mat Ail telah membelanjakan RM50.00 untuk kerja-kerja penyambungan internet ke biliknya.

Sambungan Kabel LAN ke Bilik PK Pendidikan Khas

Rabu 17 ogos 2011; jam 3.00 ptg: Kerja-kerja menghubungkan komputer bilik PK Pend. Khas dengan menggunakan kabel LAN disambung lagi. Penyambungkan dimulakan dari Akses Point ' Dewan Terbuka' mealui belakang Blok Pentadbiran dengan menggunakan Kabel LAN 30 meter. Kerja-kerja siap pada 4.00 ptg. Kemenjadian tidak dapat dipastikan kerana pejabat cuti - cuti Nuzul Quran ( Negeri Kelantan sahaja)

UJIAN WIRELESS SKSYP1 DARI DEWAN PEPERIKSAAN

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas Ujian liputan wireless dari Dewan Peperiksaan menunjukkan Router  'Dewan Terbuka SK SYP1' dalam keadaan memuaskan. Posting ini ditulis dari belakang dewan peperiksaan pada 14 ogos 2011, jam 8.55 pagi. Ujian dengan akses kepada router 'SKSYP1' menunjukkan status ________ dan ujian kepada akses  lisksy menunjukkan gagal dan pemeriksaan mendapati router berkenaan rosak dan perlu diganti.

PANDUAN MENGGUNAPAKAI LCD DI MAKMAL KOMPUTER ATAS.

ICT SK SULTAN YAHYA PETRA 1, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN. http://ict-sksyp1.blogspot.com/ email: ictsksyp1@gmail.com Tel: 09- 9607181 ___________________________________________________ PANDUAN MENGGUNAPAKAI LCD DI MAKMAL KOMPUTER ATAS. 1.       Pastikan suis untuk LCD dipasang ( swicth on ) 2.       Pastikan suis AVR ( Automatic Voltage Regulator) di pasang. 3.       Pastikan Input Voltage dan Output Voltage pada AVR berfungsi . Jika output tidak berfungsi, tunggu sehingga ia berfungsi atau tukar AVR lain. 4.       Pastikan CPU dan monitor telah disambung kepada AVR . 5.       Pasang (on ) suis CPU . 6.       Pastikan LCD telah berfungsi/ mengeluarkan paparan cahaya. 7.       Tekan butang   ‘input’   pada LCD   sebanyak 5 kali ( five times ) sehingga   dipaparkan Detacting…RGB2 8.       Sekarang sdra/i boleh menggunakannya dengan penuh tanggungjawab. 9.       Jika hendak off kan LCD , tekan butang ‘ standby/On sebanyak 2 kali ( two t imes ) dan biarkan kipas LCD terus bero

SSQS disambung lagi???

Pengemaskinian data SSQS sehingga tarikhnya pada 30 Julai 2011 menunjukkan data SKSYP belum lengkap sepenuhnya.. Hari ini, aku terima SMS dari PKG Bedal memaklumkan pengemaskinian data masih boleh dilakukan. Sehingga 12.15 pagi 4 Ogos 2011; 16 darpada 30 respondan guru belum dikemaskinikan. 5 daripada 30 respondan murid belum dikemaskinikan. Harap-harap esok sempat dikemaskinikan. Sebenarnya banyak masalah yang perlu diberi penambahbaikan semasa mengemaskini data SSQS. InsyaAllah akan dibincang kemudian.

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

UJIAN AKSES WIRELESS BILIK PK 1

Ahad; 31 Julai 2011 - jam 10.15 pagi. Ujian akses wireless dari bilik PK 1 dengan akses kepada wireless SKSYP1 A menunjukkan stastus 'very low' ( 2 bar sahaja) namum boleh diakses dengan baik. Akses kepada wireless 'DEWAN TERBUKA SKSYP1' tiada. posting ini dibuat menggunakan dekstop di bilik PK1.

WIRELESS SKSYP1 A - BERFUNGSI DGN BAIK

Sabtu 30 Julai 2011 - 12.15 tgh - Ujian menunjukkan Wirelsss SKSYP1 A yang ditempatkan d iaras 1 Blok Pentadbiran berfungsi dgn baik. posting ini dibuat dgn akses kpd wireless bersebut. Kawasan liputan : 1. Keseluruhan Blok Baru. 2. Blok A. 3. Blok B 4. Luar makmal komputer Kantin lama tiada liputan..

WIRELESS - DEWAN TERBUKA SKSYP1

30 Julai 2011 - 12.04tgh Wireless Router yang diletakkan di Dewan Terbuka dipasrikan berfungsi dgn baik. Posting ini ditulis dengan akses kpd router teesebut.

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

WIRELESS OH WIRELESS -3

Setelah habis kursus/taklimat untuk ketua pengawas UPSR di Crown Hotel KB jam 12.30 tgh 27 Julai 2011. aku terus ke sekolah untuk untuk mengambil borang kajiselidik SSQS guru yang belum dikemaskini. Sebenarnya masih terdapat beberapa orang guru yang belum menghantar borang tersebut dan tarikh kemaskini kian menghampiri penghujungnya. Malangnya tiada borang di tempat yang telah dijanjikan. Kemudian aku terus ke makmal komputer untuk melihat samada line tm schoolbroadband yg terganggu hampir sebulan telah pulih atau belum. Allahamdulillah..ternyata line internet telah pulih. Setelah mempastikan komputer di makmal dapat akses internet, aku ke pejabat untuk mempastikan sistem wireless yang telah siap dipasang minggu lepas berfungsi dengan baik. Allahamdulillah komputer pejabat dan komputer bilik Ketua Pembantu Tadbir (CC) dapat akses wireless. Komputer bilik Kak Za (PK1) sahaja yang tidak dapat dipastikan kemenjadianya kerana mousenya bermasalah. Aku terus berjumpa dengan CC untuk bertan

PUSAT AKSES SKSYP1 - SIRI 1

InsyaAllah cerita tentang Pusat Akses SKSYP1 ini akan diceriterakan secara bersiri.. dgn tujuan..antaranya memudahkan anak cucu di SKSYP1 mengetahui sejarahnya. Pusat Akses SKSYP1 lahir bersama tertegaknya dua blok bangunan tambahan 4 tingkat. Terletak di aras 3 blok pentadbiran. Dengan keluasan 1 bay, dilengkapi dua kipas syiling dan satu pendinginhawa. Sejak mula penyerahannya sehingga kini..26 Julai 2011, keadaannya tidak berubah-ubah. Terdapat 8 kabel LAN yang terjulur keluar.. yang mungkin menunjukkan bilik akses ini akan ditempatkan dengan 8 buah komputer. Malangnya kabel tersebut tersebut belum diuruskan dengan sempurna kerana kepala kabelnya belum ada..kabel kontot sahaja. Terdapat juga satu rangkaian/timbunan kabel LAN yang mungkin di situ akan ditempatkan swicth. Siang tadi 26 Julai 2011, aku sempat menghubungi Pegawai ICT PPD Kuala Krai, En Nik.... untuk bertanyakan tentang status bekalan peralatan ICT ke bilik akses. Aku difahamkan bahawa bekalan peralatan ICT ke bili

WIRELESS OH WIRELESS - 2

Petang tadi semasa sedang sibuk memaku wire LAN untuk kemasan terakhir sistem wireless sekolah, aku disapa oleh GB Cikgu Roznan. Katanya " Cikgu Hak, payahnya ***** nak luluskan peruntukan wireless hak kita minta...." Aku diam jee, dalam hati..kalau payah-payah, aku sponser saja. Setakat ini aku telah beli satu wireless router 3G 100M dengan harga tertulis pada kotak RM140.00 dan satu wireless router 75M dengan harga tertulis pada kotak RM75.00. Satu swicth dengan harga tertulis pada kotak RM63.00. Tiga kabel LAN 50 meter dengan harga setiap satu RM50.00 dan satu kabel LAN 30 meter dengan harga tertulis pada kotak RM33.00 dan sedikit belanja untuk lain-lain spt 2 kotak klip wayar dan kotak plag. Hari Khamis lepas; 7 Julai 2011 aku hantar bil pada PK1 sebanyak RM500 lebih. Belum termasuk lain-lain belanja dan upah wiring plag belakang blok B. Semalam aku terlihat **** datang ke sekolah, ingat ko nak sain cek..top..top timbul cerita.. tak sir sain cek pula sebab....tak apala

SSQS 2011 - KUTIPAN JULAI

Sebenarnya aku baru diamanahkan untuk jadi PGB/GICT baru tahun ni, jadinya..SSQS adalah perkara baru bagiku. Dalam penarafan yang baru diberikan oleh JPN baru-baru ini, berdasarkan data yang dikemaskini bulan Mac, SKSYP1 hanya diberikan 3 bintang. Malu sungguh aku dengan GB bila penarafan tahun ini rendah berbanding tahun lepas. Kalau tak silap aku, tahun lepas, SKSYP1 dapat 4 bintang; maklumlah tahun lepas Cikgu Zarina yang jadi PGB, pengalamannya hampir sepuluh tahun, sama jadi dengan makmal komputer SKSYP1. Sebenarnya Kak Dah ( Guru Besar sebelum Cikgu Roznan) yang mula amanahkan aku sebagai PGB/GICT, bagiku cukuplah kalau aku sekadar membantu Cikgu Zarina tetapi rupanya bila senarai AJK ICT diumumkan Cikgu Zarina tidak terlibat langsung. Katanya Cikgu Zarina akan diamanahkan tugasan dan tanggugjawab yang lebih mencabar. Sebagai 'orang kecil', aku sentiasa menurut perintah. Untuk kutipan data SSQS kali ini, kalau tak silap, mulai 4 Julai hingga 24 Julai 2011. Masalahnya.

WIRELESS OH WIRELESS 1

Hari ini ; Jumaat 8 Julai 2011, telah bertungkus lumus sepanjang minggu lepas dan seminggu sebelumnya. Masalah wireless sekolah InsyaAllah akan selesai sekurang-kurangnya Isnin depan. Bila berpindah ke blok baru, ramai kawan-kawan bertanya bila wireless akan dapat diakses. Menyedari kepentingan sambungan internet terutama untuk Cikgu Norfaiza; Guru Data SKSYP1 dan guru-guru lain yang aktif berinternet ( walaupun dengan apa-apa tujuan..), aku yang kerdil lagi jahil tetapi diamanahkan sebagai PGB menggagahkan diri untuk cuba-cuba menyambung sendiri wireless dan LAN ke blok baru. Bantuan kawan-kawan yang aku anggap 'guru' dalam bidang ini telah dimohon tetapi disebabkan kekangan tersendiri maka bantuan YO dari success computer kuala krai banyak membantu. Memang patut pun sebab semua router dan kabel-kabel yang diperlukan dalam proses upgred wiress dibeli dari Success Computer K Krai..... Pagi ini mulai jam 9.30 pagi hingga 12.30 tgh Yo bersama aku cuba membuat sentuhan terakhir

Cadangan Agihan PC di Sekolah.

Selongkar Harddisk lama, terjumpa dokumen tentang perkara di atas, sekurang-kurangnya sebagai pengetahuan kita. Mungkin perlaksanaannya ikut kemampuan. Sila klik imej untuk melihat dengan lebih jelas

11 Langkah Install Antivirus Kaspersky TM School Broadband

Langkah 1 - Teroka CD KAV TM SBB yang dibekalkan oleh TM dan pastikan ada 3 folder dalam CD berkenaan. Folder KAV MP3 dan Folder 'Other' sila abaikan untuk tujuan ini. Anda boleh menerokanya kemudian. Langkah 2 - Klik Folder KAV MP4 ( new) , paparan spt di atas akan kelihatan. Untuk tujuan ini sila klin folder KAV workstaton 6.0.4.1424 Langkah 3- Bila klik folder KAV workstaton 6.0.4.1424; didapati ada 2 folder iaitu folder Panduan Install dan folder Installers. Sila klik pada folder Panduan Install jika perlu. Langkah 4 - Klik pada folder Installer KAV WKS MP4 ; paparan di atas akan kelihatan. Langkah 5 - Sila klik padas icon, proses extracting akan berjalan, tunggu sehingga selesai proses berkenaan. Langkah 7 - Tunggu sehingga proses Install selesai. Langkah 8 - Setelah selesai, anda perlu restart komputer anda.   Langkah 9 - Langkah seterusnya updatekan KAV anda. Langkah 10 Langkah 11 - Selesaikan proses update dan akhirnya 'full

CD Kaspersky Antivirus TM School Broadband

Hari ini, 18 Mei 2011 ( Khamis) aku baru terima 2 keping CD Installer TM School Broadband. Urusan borang perakuan penerimaan diuruskan oleh En Amran. Satu keping CD diletakkan di pejabat ( dlm simpanan En Amran) dan sekeping lagi aku simpan untuk kegunaan makmal komputer. Mulai jam 2.00 petang aku cuba gunakan CD tersebut untuk komputer makmal. Sebenarnya hanya beberapa buah sahaja komputer yang masih berfungsi dengan baik. Kebanyakannya bermasalah kerana telah hampir 6 tahun digunakan. Dengan bantuan pegawai bahagian Helpdesk : 1800 22 77 22 aku berjaya menginstall KAV TM BB. Beberapa tips akan dikongsikan kemudian. InsyaAllah.

KONGSI ILMU KOMPUTER

Ketika Anda menginstal sistem operasi Windows XP pada PC untuk pertama kalinya , Anda akan diberikan pilihan untuk memasukkan kode kunci produk Anda mengaktifkan salinan perangkat lunak . Jika Anda memilih untuk tidak mengaktifkan sistem operasi pada saat instalasi awal , jendela pengingat secara berkala akan muncul saat Anda menggunakan komputer Anda . Dalam rangka untuk menghapus jendela aktivasi , Anda dapat mengedit registri sistem dan menonaktifkan Activation Windows Xp.......baca seterusnya di sini... CARA MEMATIKAN ACTIVITION KEY WIN XP

LOKASI SKSYP1

Klik di sini untuk ke Portal Emis Online

Penyelenggaran Komputer Makmal Bawah.

Sepanjang minggu ini, mulai 24 April hingga 28 April 2011 ( Ahad hingga Khamis) tugasan ditumpukan kepada meningkatkan kemenjadian komputer yang dikenalpasti bermasalah. Hari Ahad hingga Isnin tumpuan diberikan kepada makmal atas, 4 buah komputer telah berjaya diformat. Mulai Selasa, tumpuan terpaksa diberikan kepada komputer di makmal bawah kerana beberapa buah komputer yang digunakan untuk mengisi markah (menggunakan Software HC3) didapati bermasalah. Setelah segala usaha menyelamatkan dengan cara biasa menghadapi kesukaran, akhirnya terpaksa diformat. Komputer bilik bawah yang berjaya diformat sehingga 28 April 2011 ialah: 1. MIP0280250605001 - ditanda sebagai KB3. Windows Home Edition CD key : WHHMP-2JCRC-83448-TJJQT-82MHB Masalah : sistem hang. Penyelenggaran:1. Format                         2. Install KAV 6.0 dan update                         3. Install Office 2003. Terima kasih kepada En Omar It Base yang berkongsi CD Office. Jasamu tetap dikenang. Semasa update KAV 6.

STATUS KOMPUTER BILIK 1 - MAKMAL ATAS PADA 20 APRIL 2011

Rumusan hasil pemeriksaan menyeluruh yang dibuat pada minggu ini: 1. Hanya 10 buah komputer sahaja yang berfungsi dengan baik. 2. 11 buah komputer yang bermasalah telah dipindahkan ke stor untuk tujuan baikpulih. 3. Satu (1) buah komputer telah diformat pada hari ini dan semalam. Kaspersky antivirus telah diupdate. Password KAV yang lama dibuang dengan menggunakan KAV Password Remover. Lesen telah diupdate hingga 15 November 2011. Sebuah komputer dipindahkan ke Bilik PK1 menggantikan komputer dahulu yang bermasalah. Untuk update lesen.... http://www.4shared.com/file/L8JjDo-E/06650A66.html Untuk KAV Password Remover... klik di sini

Yuran Tahunan 2 orang murid 6C

Hari ini ( 7 April 2011 - Khamis ) 2 orang murid th 6C bayar yuran tahunan: 1. Azmin Azram b Maznu 2. Ahmad Aiman b Azmi

Format PC pada 7 Mac 2011

Hari ini; 7 Mac 2011, jam 6.10 ptg di makmal komputer bawah. Tugasan : Format CPU MIP0280250605093 dan MIP0280240605011 Status pada 7 Mac 2011

Format PC pada 6 Mac 2011

Jam 4.50 ptg, masih di makmal komputer bawah, menyambung tugasan format CPU MP0280240605034. Tugasan tgh tadi sedikit terganggu kerana pada jam 1.30 - 2.30 aku mengambilalih kelas 6B yang sepatutnya dikendalikan oleh Cikgu Asiah. Beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kecemerlangan. Kelas 6B sepatutnya hampir keseluruhan adalah murid target 5A 2011, ini bermakna mereka 100% erlibat dlm ZoomA yang dibiayai oleh PIBG. Sessi dimulakan dengan mengenalpasti permasalahan murid yang belum login ZoomA. Hanya 6 orang dari 25 orang yang mengaku. Alasannya tiada kemudahan ICT di rumah. Murid lain pula memberi alasan terlupa id dan password. Kertas yang diberi dahulu telah hilang. Setelah diberikan taklimat murid dibenarkan mendaftar keakaun masing-masing atau membuat latihan tambahan bagi murid yang sudah mendaftar. Petang ini tugasan meformat komputer disambung lagi, 2 PC run serentak. 1. MP0280240605034 2. MP0208240605026 Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal, akhirnya kedua-dua CPU berkena

Format PC pada 5 Mac 2011

Hari ini 5 Mac 2011. Perancangan asalnya untuk membaikpulih komputer makmal bawah yang dikenalpasti bermasalah. Jumlah komputer yang dibekalkan untuk makmal bawah ialah 21 buah termasuk komputer guru. Empat (4) buah dipindahkan ke: 1. Pejabat sekolah. 2. PK1 3. Pra 4. Pusat Sumber Jumlah komputer yang boleh digunakan pada 5 Mac ialah 8 buah. Pengiraan komputer yang bermasalah setakat ini ialah: A.JUMLAH KOMPUTER YG DIBEKALKAN = 21 B.JUMLAH KOMPUTER BERPINDAH = 04 C.JUMLAH KOMPUTER YANG BOLEH DIGUNAKAN = 08 D. JUMLAH B+C = 12 E. JUMLAH KOMPUTER YANG BERMASALAH = A-D (21-12) = 9 BUAH. Proses mengenalpasti kerosakan/ketidakmenjadian komputer dimulakan dengan CPU bernombor Siri MIP0208240605026. 1. CPU ini boleh berfungsi tetapi bila nak masuk windows, ralat 'NTLDR is missing' dipaparkan. Press Ctrl Alt Delete to restart. 2. Masalah cuba diselesaikan dengan bantuan 'Google'. Boleh rujuk : http://www.tech-pro.net/howto-fix-ntldr-is-missing.html . Masalahnya CD Windows tiada.

LAPORAN 2 MAC 2011

Hari ini, 2 Mac 2011, Rabu. Mulai jam 9.00 aku menumas di makmal komputer bawah. Pada 11.oo pagi cikgu Zulhisan; Setiausaha peperiksaan UPSR yg baru dilantik tahun ini meminta aku ke pejabat sekolah utk menolongnya menyelesaikan sedikit masalah berkaitan kemasukan data calon UPSR 2011. Hasratku utk selesaikan masalah mengenalpasti kemenjadian komputer makmal bawah ditangguhkan sementara. Sedikit cerita tentang SU UPSR; Cikgu Zul.. Sebagai orang baru dalam dunia pendaftaran UPSR, beberapa ralat terbuat semasa pendaftaran calon UPSR. Dalam memasukkan data kali pertama, laptop yang digunakan buat hal bila nak diprint laporan pendaftaran. Untuk membolehkan data dipindahkan; untuk tujuan print dikomputer lain, sistem pendaftaran menghendaki no calon dikemaskini. Bila dikemaskini nombor calon dan diprint barulah disedari 2 orang calon terlebih...jumlah sebenar 93 calon, tapi calon yg tersenarai 95 orang. Walaupun kemaskini calon dibenarkan oleh sistem namun proses membuang nama calon yang t

Laporan 1 Mac 2011

Hari ini 1 Mac 2011, tugasan utama ialah untuk mengemaskini peralaran ICT di makmal bawah untuk kali kedua. Kali pertama dulu, mengenalpasti komputer yang bermasalah dan diasingkan untuk tujuan baikpulih. Kali ke dua ini ialah utk membuat laporan bertulis dgn mengenalpasti no siri alatan dan memastikan kemenjadiannya. Allahamdullilah line internet yang ok menjadi pemangkin kerja-kerja yang dirancang. Cadangan format laporan spt di bawah: Klik imej untuk lebih jelas

Taklimat Guru ICT di PKG Bedal

Hari ini. Isnin, 27 Feb 2011, jam 9.00 pagi, deringan hp dari PK 1 mengarahkan aku ke PKG Bedal kerana sesuatu keperluan. Aku difahamkan arahan asal adalah kepada guru besar untuk menghadirinya. Bila taklimat hendak dimulakan, GB yang hadir difahamkan bahawa Guru ICT atau GPB yang perlu hadir. GPB itu maknanya Guru Penyelaras Bestari. Tak tahu lah mana silapnya. 9.30 pagi aku sampai di PKG Bedal dan GB SKSYP 1 ; cikgu Raznan meminta aku menggantikannya. Selepas bersalam dgnnya aku terus ketingkat 3. -PKG Bedal. Sessi taklimat disampaikan oleh Ketua Penyelaras(?) PKG Pahi. Lebih tertumpu kepada pengisian borang-borang untuk pemantauan. Sebagai orang baru diamanahkan sebagai Guru ICT, SSQS adalah perkara baru bagiku..tapi kena la belajar.. InsyaAllah. Jam 10 berhenti rehat, hampir jam 11 baru mula balik. Taklimat oleh Juruteknik PKG Bedal Cik Siti Aisyah.. bekas muridku di SK Lela Jasa..gaya dan penampilan taklimat banyak yang perlu diperbaiki... sesiapa yg nak belajar buat web dan blog

Vandalisma di Makmal Komputer Bawah

Semalam - Ahad ,26 Feb 2011. Aku dikejutkan dengan perbuatan vabdalisma yang melampau di makmal komputer bawah,.. kebel satu set komputer dipotong. Papan kekunci, mouse dan VGA kabel serta power kabel monitor habis dipotong. Bila dilihat kesan potongan kabel berkenaan ianya kesan gigitan tikus atau tupai... mungkinkah perkara ini terjadi.. Ya Allah lindungilah harta kerajaan yang diamanahkan untuk kami menjaganya.

Bayaran Yuran Tahunan Tambahan - 4 orang

Hubungan Internet Pulih

Hari ini Ahad 27 Feb 2011, internet telah boleh digunakan setelah seminggu bermasalah. Terima kasih Allah.Terima kasih KPM. Terima kasih JPN. Terima kasih PPD dan terima kasih semua......... Sebenarnya minggu lepas aku telah cuba mendapat kepastian dari Pegawai ICT PPD K Krai berkaitan hubungan internet. Beliau memaklumkan bahawa pada 8 Mac ini Guru Besar akan bermesyuarat untuk memilih siapa yang akan menyediakan kemudahan internet ke sekolah atau meneruskan dengan GITN yang sedia ada sebelum ini. Syukur hari ini hubungan internet telah mula pulih. Sebenarnya banyak perkara yang tergendala bila tiada internet, tambahan pula sekarang pihak tertentu sedang mengemaskinikan maklumat SKPM. Program ZoomA yang telah dimulakan beberapa minggu lepas juga sedikit tergendala kelancarannya kerana kebanyakan murid yang terlibat dengan Program ZoomA tidak mempunyai internet di rumah mereka. Program Permata Pintar yang perlu disiapkan sebelum April juga satu lagi hambatan yang perlu disegerakan. Sem

ASPEK KESELAMATAN

Aspek Keselamatan Perkakasan 4.1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran. 4.2. Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu. 4.3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya. 4.4. Imbas cakera liut / “Usb Flash Drive” sebelum digunakan untuk mengelakkan dari berlaku sebaran virus kepada fail-fail dalam komputer. 4.5. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda asing, habuk dan kekotoran. 4.6. Matikan suis pencetak selepas digunakan. 4.7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada guru penyelaras makmal komputer. 4.8. Jeriji besi perlu dipasang di pintu dan di tingkap untuk mengelakkan kecurian. 4.9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk mengesan ke

Senarai Keselamatan Pengguna

3.1. Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti 3.2. Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang. 3.3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna. 3.4. Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna. 3.5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata. 3.6. Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata. 3.7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan. 3.8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas. 3.9. Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggar

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat

Windows xp cd key

Semua kunci-kunci windows XP KQC2B-X683R-2CDXT-PQ7HQ-47MPT JFQYM-YJQFQ-VBRCY-4VV7W-QRXBY KMTTB-68H32-8MKRK-GBHKT-RKCP6 CX7DD-4GX4Y-BTTR4-H88Y7-GQPWQ XP8BF-F8HPF-PY6BX-K24PJ-TWT6M 8RCKG-36TH8-VWBGK-T3CB6-RHG48 7G4H4-T4XXW-BVXTH-4QP4V-9CV28 PG274-383QX-6C32H-P8RWC-48M4Q CWY3F-JGYHJ-W6KBG-3VYK7-DGG7M X6YWJ-M4TG2-DPGWJ-QCFR8-927M6 QCP6D-7VGVJ-JBKB4-DQMB2-9GTJ3 F7GV4-B7JGY-Q2KQW-6R8BM-FR8D6 HFVK4-TFWFG-4JKDH-H3FTT-8B23W HRPR7-WGJFC-VPHRB-XVFRW-2KPWY V3V63-3QW2G-JMFBY-8F4CM-PDMQW WX736-8YJCM-2JW33-4KJGY-XCDJ6 CQKYH-GKDJC-MJTWP-FPTJX-PKK23 CHYVW-V63RT-67XVC-XJ4VC-M3YWD XMDCV-2TJMR-7JD66-YTVMK-V7PBD RQHFJ-X47QJ-G2XKK-WYQ8P-7W6RG X6MYY-6BH3T-YRBT8-H8YPH-RG68T KVXQ3-RVQFG-FW8KC-2QYC6-67WCD KMM7J-FCXMM-WV8PG-6FQMD-CPTQD D6T24-3FBGM-WTDG8-6Y3WP-77QRJ V88FQ-MFFRR-8D2VY-PG87J-FG7PY XK39D-3PDMC-JMMDK-X8T8M-77YVM 6G3J7-RQ233-FJGHD-GKYP4-QGKPG BKRFY-XPMQP-Y8PTW-BP6JM-B76FJ GP7DR-2T2CQ-JYW2M-DXTMG-DTQWY YWVHF-GT3M6-3QYB2-FCYCH-X47PQ QJ68H-G7T8R-WFR77-D8X8Y-VJ398 6KYDY-JT4MB-6V3JQ-4KKFG-P6C63 6JQPJ-84CFG

Laporan Setiausaha Pada 1 Feb 2011

Tarikh : 1 Feb 2011 Hari : Selasa Masa : 9.30 Hari ini diadakan latihan Merentas Desa mulai 7.45 hingga 8.30 pagi. Selesai Latihan aku mengambil kesempatan untuk update blog ini dengan sedikit laporan: 1. Semua komputer makmal atas dan bawah telah selesai dipastikan kemenjadian. 2. Komputer makmal atas - 7 buah CPU bermasalah dan telah diasingkan ke stor. 3. Makmal bawah - 4 buah CPU bermasalah dan 4 set komputer dikeluarkan ke: i) Pejabat - utk kegunaan Ketua Kerani ii) PK 1 - Pn Zawah bt Essa iii) PSS - Tindakan Cikgu Sarimi ( Penyelaras PSS) iv) Pra Sekolah - Tindakan Cikgu Hendon. Laporan update dlm format excel sedang diusahakan.

MASALAH SCHOOLNET 2011

Posting ini dibuat dari komputer rumah pada jam 3.10 ptg Pada ______ semasa melaporkan masalah sambungan internet yang bermasalah. pihak GITN memaklumkan bahawa pengurusan hal ehwal sambungan internet dan perkara-perkara berkaitan akan diuruskan oleh pihak sekolah. Bila dimaklumkan bahawa saya tidak mengetahui tentang perkara tersebu, pegawai berkenaan berjanji akan fakskan surat berkenaan. Dalam perjalanan ke makmal komputer dari pejabat sekolah, aku bertembung dengan Cikgu NorFaiza, Guru Data Sekolah memaklumkan bahawa beliau telah memaklumkan perkara ini ( penamatan kontrak scholnet sebagai ISP) beberapa ketika dahulu. Mungkin aku 'terlepas pandang'. Beliau berjanji meminta jasabaik Cikgu Nik Johari ; JU ICT PPD K Krai untuk mendapatkan surat yang berkaitan. Keesokkannya aku diserahkan surat berkenaan. Pihak GITN juga telah fakskan surat yang sama kepada pihak sekolah. Surat berkenaan sebagaimana di bawah: Pihak PPD K Krai kemudiannya menghantar surat berkaitan perkara berke

Laporan Setiausaha Pada 24 Jan 2011

TARIKH: 24 JAN 2011 MASA: 11.00 PAGI TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER ATAS KOMPUTER : KA6 Semalam Pegawai GITN yang berkaitan schoolnet dtg untuk menyelesaikan masalah berkaitan internet. Laporan berhubung kegagalan sambungan internet telah dibuat pada hari Rabu (?) minggu lepas. Hari ini talian internet telah ok, jadi diambil kesempatan ini untuk menentukan semua komputer makmal atas boleh digunakan. IP bagi setiap komputer makmal atas mesti bermula dari 23. Cadangan penggunaan IP adalah seperti berikut: 1. Komputer guru No Siri: IP: 10.125.194.23 2. KA1 No Siri:MIP0280250605076 IP: 10.125.194.24 3. KA2 No Siri: MIP0280250605079 IP: 10.125.194.25 4. KA3 No Siri:MIP0280250605042 IP: 10.125.194.26 5. KA4 No Siri:MIP0280240605079 IP: 10.125.194.27 6. KA5 No Siri:MIP0280250605042 IP: 10.125.194.28 CPU BERMASALAH - 'CHECK SIGNAL CABLE' CUBA SELESAI: TUKAR MONITOR - GUNA PADA CPU LAIN - OK KESIMPULAN: CPU BERMASALAH DAN PERLU BAIKPULIH- DI PINDAHKAN KE STOR. 7. KA6 No Siri: MIP0280240605032

Laporan Setiausaha pada 18 Jan 2011

Laporan ini diupdatekan dengan menggunakan komputer di rumah kerana talian internet sekolah mula bermasalah mulai hari Ahad 16 Jan 2011. a. 16 Jan 2011 ( Ahad) dan 17 Jan 2011 ( Isnin). Makmal Komputer atas digunakan untuk Program TMK bagi Tahun Satu yang terlibat dengan KSSR. b.Hanya makmal atas digunakan kerana kabel VGA untuk LCD masih berfungsi dgn baik. Makmal bawah Kabel LCDnya bermasalah. c. Komputer murid makmal komputer atas masih belum dikemaskinikan sepenuhnya. d. Line internet bermasalah mulai Hari Ahad. e. Pada 18 Jan 2011 ( Selasa) Makmal Komputer Atas digunakan untuk Program Ceramah Kesihatan Penjagaan Gigi oleh Jururawat Pergigian dari Klinik Pergigian Kuala Krai. f. Cg Haslina menggunakan makmal bawah untuk TMK KSSR Tahun Satu. g. Pihak GITN telah dihubungi mengenai masalah internet. Pihak GITN memeklumkan kontrak mereka sudah ditamatkan dan pihak sekolah diberi pilihan untuk memilih IPS sendiri untuk tahun 2011. Memandangkan pihak sekolah masih belum menerima makluma

Laporan Setiausaha pada 13 Jan 2011

Tarikh : 13 Jan 2011 Hari : Khamis Hari ini makmal komputer bawah dibuka jam 9.00 pagi. Tugasan di makmal kumputer bawah masih lagi dlm proses penyambungan kabel-kabel untuk komputer yang dipindahkan semla dari makmal atas. Jam 10.00 pagi - 6 komputer siap disambung kabel: a.4 komp dlm keadaan boleh digunakan b.2 komp rosak - i.cpu tidak berfungsi dan ii.masalah ram c.Sambungan internet masih belum selesai. 1.CPU MIP0280250605087 - digunakan sebagai komputer guru makmal bawah - dlm keadaan siap utk digunakan dan internet telah berfungsi.Ip address 10.125.194.2 2.CPU MIP0280240605031 - Digunakan sebagai komp 1 meja 4 - komputer dlm keadaan baik dan boleh digunakan. 3.CPU MIP0280250605074 - Digunakan sebagai komp 2 meja 4 - komputer dlm keadaan baik dan boleh digunakan. 4.CPU MIP0280230605237 - Digunakan sebagai komp 3 meja 4 - komputer dlm keadaan baik dan boleh digunakan. 3.CPU ( stiker hilang) - Digunakan sebagai komp 4 meja 4 - komputer dlm keadaan baik dan boleh di

Laporan Setiausaha pada 11 Jan 2011

Tarikh :11 Jan 2011 Masa : 8.15 pagi Tempat:Makmal Komputer Atas 1. Makmal dibuka jam 8.15 pagi 2. KA2dan KA3 tidak mempunyai ip - ipd updatedan internet boleh digunakan. 3. Kaspersky Anti-virus 6.0.4.1424 expired pada31.12.2010 4. Try download Internet security 2011-free trial 5. Konflik ip untuk setiap komputer memeningkan kepala - cadangnya nak guna ip 2- 42 utk makmal komputer atas. ip adress utk server = 1

Laporan Setiausaha pada 10 Jan 2011

1.Hari ini 10 Jan 2011 hari Isnin, Makmal komputer telah dibuka tingkat atas dan bawah pada jam 8.45 pagi.Makmal bawah hanya 3 buah komputer berfungsi, proses menyambung kabel pada setiap komputer tertunda kerana urusan penjadualan penggunaan makmal perlu disegerakan. 2. Dalam perjumpaan singkat dgn GB pagi tadi, aku dinasihatkan agar melibatkan subjek-subjek penting ( teras) dan juga Pendidikan Islam. Untuk Tahun satu yang terlibat dgn KSSR perlu diberi perhatian utama. Sehingga kini, fotostat jadual kelas telah dilakukan untuk panduan membina jadual penggunaan makmal komputer. 3. Satu tugasan baru mendatang ialah membina carta organinasi 2011 dengan maklumat dan gambar guru yang terkini. Untuk maklumat guru; perlu ada nama, No k.p dan opsyen. 4. Sehingga 12.45 tgh 2 buah komputer makmal bawah siap utk digunakan - KB4 dan KB11. Sehingga kini 5 buah komputer telah berfungsi iaitu KB 4, KB11,KB7,KB2 dan KB25(meja guru)

Laporan Setiausaha Pada 9 Jan 2011

Seperti tahun-tahun lepas,pada akhir tahun, segala peralatan komputer makmal bawah sebanyak 20 buah akan diangkut naik ke makmal atas sebagai persediaan menghadapi banjir. Semasa makan di kantin pagi tadi GB, Pn Hjh Noraidah mengingatkan aku supaya jadual penggunaan makmal komputer 2011 dibuat segera kerana ianya sepatutnya selesai semasa cuti akhir tahun yg lalu. Laporan tahun lepas juga diminta. Cikgu Zarina, Penyelaras makmal tahun lepas, mengemaskinikan maklumat yang diperlukan. Terima kasih Cikgu Zarina. Pemasangan Semula Komputer Makmal Bawah Hari : Ahad Tarikh: 9.Jan.2011 Masa: 12.15 - 1.45 a. Pemasangan KB2 dan KB7 b. Tukar ip baru c. Pastikan sambungan keinternet tidak bermasalah. Bincang tentang jaduala dgn Pk 1, Pn Hjh Zawah: a. Semua subjek KSSR Th 1 dilibatkan. b. Kelas-kelas lain - dilibatkan sekiranya ada ruang yang boleh disi lagi. c. Subjek BM - Cikgu Zulhisan cadangkan tidak perlu dilibatkan. Penggunaan ICT akan dilakukan di kelas biasa.