Skip to main content

Laporan Setiausaha pada 10 Jan 2011

1.Hari ini 10 Jan 2011 hari Isnin, Makmal komputer telah dibuka tingkat atas dan bawah pada jam 8.45 pagi.Makmal bawah hanya 3 buah komputer berfungsi, proses menyambung kabel pada setiap komputer tertunda kerana urusan penjadualan penggunaan makmal perlu disegerakan.
2. Dalam perjumpaan singkat dgn GB pagi tadi, aku dinasihatkan agar melibatkan subjek-subjek penting ( teras) dan juga Pendidikan Islam. Untuk Tahun satu yang terlibat dgn KSSR perlu diberi perhatian utama.
Sehingga kini, fotostat jadual kelas telah dilakukan untuk panduan membina jadual penggunaan makmal komputer.
3. Satu tugasan baru mendatang ialah membina carta organinasi 2011 dengan maklumat dan gambar guru yang terkini. Untuk maklumat guru; perlu ada nama, No k.p dan opsyen.
4. Sehingga 12.45 tgh 2 buah komputer makmal bawah siap utk digunakan - KB4 dan KB11. Sehingga kini 5 buah komputer telah berfungsi iaitu KB 4, KB11,KB7,KB2 dan KB25(meja guru)

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...