Skip to main content

Laporan Setiausaha Pada 9 Jan 2011

Seperti tahun-tahun lepas,pada akhir tahun, segala peralatan komputer makmal bawah sebanyak 20 buah akan diangkut naik ke makmal atas sebagai persediaan menghadapi banjir.
Semasa makan di kantin pagi tadi GB, Pn Hjh Noraidah mengingatkan aku supaya jadual penggunaan makmal komputer 2011 dibuat segera kerana ianya sepatutnya selesai semasa cuti akhir tahun yg lalu.
Laporan tahun lepas juga diminta. Cikgu Zarina, Penyelaras makmal tahun lepas, mengemaskinikan maklumat yang diperlukan. Terima kasih Cikgu Zarina.


Pemasangan Semula Komputer Makmal Bawah
Hari : Ahad
Tarikh: 9.Jan.2011
Masa: 12.15 - 1.45
a. Pemasangan KB2 dan KB7
b. Tukar ip baru
c. Pastikan sambungan keinternet tidak bermasalah.

Bincang tentang jaduala dgn Pk 1, Pn Hjh Zawah:
a. Semua subjek KSSR Th 1 dilibatkan.
b. Kelas-kelas lain - dilibatkan sekiranya ada ruang yang boleh disi lagi.
c. Subjek BM - Cikgu Zulhisan cadangkan tidak perlu dilibatkan. Penggunaan ICT akan dilakukan di kelas biasa.

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...