Skip to main content

MASALAH SCHOOLNET 2011

Posting ini dibuat dari komputer rumah pada jam 3.10 ptg

Pada ______ semasa melaporkan masalah sambungan internet yang bermasalah. pihak GITN memaklumkan bahawa pengurusan hal ehwal sambungan internet dan perkara-perkara berkaitan akan diuruskan oleh pihak sekolah. Bila dimaklumkan bahawa saya tidak mengetahui tentang perkara tersebu, pegawai berkenaan berjanji akan fakskan surat berkenaan.
Dalam perjalanan ke makmal komputer dari pejabat sekolah, aku bertembung dengan Cikgu NorFaiza, Guru Data Sekolah memaklumkan bahawa beliau telah memaklumkan perkara ini ( penamatan kontrak scholnet sebagai ISP) beberapa ketika dahulu. Mungkin aku 'terlepas pandang'. Beliau berjanji meminta jasabaik Cikgu Nik Johari ; JU ICT PPD K Krai untuk mendapatkan surat yang berkaitan.
Keesokkannya aku diserahkan surat berkenaan. Pihak GITN juga telah fakskan surat yang sama kepada pihak sekolah.
Surat berkenaan sebagaimana di bawah:

Pihak PPD K Krai kemudiannya menghantar surat berkaitan perkara berkenaan sebagaimana dibawah:

Hari ini 24 Jan 2011 aku menghubingi Tn Hj Radhi; Pegawai ICT PPD K Krai untuk bertanya pendapatnya berkaitan surat PPD yang berkenaan.
Jawapan yang diterima:
a. Sekolah boleh mengurus sendiri dengan ISP yang berkenaan tetapi pihak PPD tidak akan bertanggungjawab kerana sehingga kini pihak JPN sendiri tidak mengeluarkan apa-apa arahan berkaitan sambungan ISP bagi tahun 2011.
b. Kesimpulannya tunggu dan lihat.

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...