Skip to main content

PUSAT AKSES SKSYP1 - SIRI 1

InsyaAllah cerita tentang Pusat Akses SKSYP1 ini akan diceriterakan secara bersiri.. dgn tujuan..antaranya memudahkan anak cucu di SKSYP1 mengetahui sejarahnya.

Pusat Akses SKSYP1 lahir bersama tertegaknya dua blok bangunan tambahan 4 tingkat. Terletak di aras 3 blok pentadbiran. Dengan keluasan 1 bay, dilengkapi dua kipas syiling dan satu pendinginhawa.
Sejak mula penyerahannya sehingga kini..26 Julai 2011, keadaannya tidak berubah-ubah. Terdapat 8 kabel LAN yang terjulur keluar.. yang mungkin menunjukkan bilik akses ini akan ditempatkan dengan 8 buah komputer. Malangnya kabel tersebut tersebut belum diuruskan dengan sempurna kerana kepala kabelnya belum ada..kabel kontot sahaja. Terdapat juga satu rangkaian/timbunan kabel LAN yang mungkin di situ akan ditempatkan swicth.

Siang tadi 26 Julai 2011, aku sempat menghubungi Pegawai ICT PPD Kuala Krai, En Nik.... untuk bertanyakan tentang status bekalan peralatan ICT ke bilik akses. Aku difahamkan bahawa bekalan peralatan ICT ke bilik akses untuk bangunan tambahan adalah bergantung kepada terma persetujuan antara kontraktor dengan pihak JKR. Peralatan ICT untuk sekolah baharu saja yang akaan dibekalkan. Untuk kes-kes seperti bilik akses dibangunan tambahan SKSYP1, ianya akan diuruskan oleh Bahagian Perbelakan / Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM.
Semasa majlis penyerahan dulu, aku difahamkan oleh Cikgu Zubir, (Pegawai PPD Kuala Krai yang mewakili PPD KK untuk majlis penyerahan rasmi bangunan tambahan) bahawa Unit ICT PPD akan membekalkan dua buah komputer untuk untuk bilik akses. Begitulah ceritanya setakat ini.......

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...