Skip to main content

WIRELESS OH WIRELESS -3

Setelah habis kursus/taklimat untuk ketua pengawas UPSR di Crown Hotel KB jam 12.30 tgh 27 Julai 2011. aku terus ke sekolah untuk untuk mengambil borang kajiselidik SSQS guru yang belum dikemaskini. Sebenarnya masih terdapat beberapa orang guru yang belum menghantar borang tersebut dan tarikh kemaskini kian menghampiri penghujungnya. Malangnya tiada borang di tempat yang telah dijanjikan.
Kemudian aku terus ke makmal komputer untuk melihat samada line tm schoolbroadband yg terganggu hampir sebulan telah pulih atau belum. Allahamdulillah..ternyata line internet telah pulih. Setelah mempastikan komputer di makmal dapat akses internet, aku ke pejabat untuk mempastikan sistem wireless yang telah siap dipasang minggu lepas berfungsi dengan baik. Allahamdulillah komputer pejabat dan komputer bilik Ketua Pembantu Tadbir (CC) dapat akses wireless. Komputer bilik Kak Za (PK1) sahaja yang tidak dapat dipastikan kemenjadianya kerana mousenya bermasalah.
Aku terus berjumpa dengan CC untuk bertanyakan samada boleh dibeli mouse baru untuk bilik Kak Za. Katanya.. sebenarnya peruntukan untuk pembelian peralatan ICT tiada tetapi dibenarkan menggunakan peruntukan untuk subjek teras. Mungkin minggu depan boleh dirundingkan dengan GB untuk mendapatkan sedikit peruntukan untuk peralatan ICT. Sebenarnya masalah mouse dan keyboard juga dialami oleh beberapa komputer di makmal komputer.

Sebenarnya hari ini hari yang membahagiakan kerana sistem wireless sekolah yang telah siap minggu lepas ternyata berfungsi dengan baik. Harap-harapnya guru-guru dan murid-murid dapat memaksimakan penggunaannya. Semua murid tahun 6 yang telah diberikan akaun ZoomA tentunya akan menggunakan kemudahan dengan semaksima yang mungkin. Walaubagaimanapun galakan dan dorongan dari guru-guru terutama guru-guru tahun 6 sangat-sangat diperlukan.
Harap-harap juga peruntukan untuk sistem wireless akan segera diluluskan!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...