Hari ini ; Jumaat 8 Julai 2011, telah bertungkus lumus sepanjang minggu lepas dan seminggu sebelumnya. Masalah wireless sekolah InsyaAllah akan selesai sekurang-kurangnya Isnin depan.
Bila berpindah ke blok baru, ramai kawan-kawan bertanya bila wireless akan dapat diakses. Menyedari kepentingan sambungan internet terutama untuk Cikgu Norfaiza; Guru Data SKSYP1 dan guru-guru lain yang aktif berinternet ( walaupun dengan apa-apa tujuan..), aku yang kerdil lagi jahil tetapi diamanahkan sebagai PGB menggagahkan diri untuk cuba-cuba menyambung sendiri wireless dan LAN ke blok baru.
Bantuan kawan-kawan yang aku anggap 'guru' dalam bidang ini telah dimohon tetapi disebabkan kekangan tersendiri maka bantuan YO dari success computer kuala krai banyak membantu. Memang patut pun sebab semua router dan kabel-kabel yang diperlukan dalam proses upgred wiress dibeli dari Success Computer K Krai.....
Pagi ini mulai jam 9.30 pagi hingga 12.30 tgh Yo bersama aku cuba membuat sentuhan terakhir kepada sistem wireless sekolah. Masalah yang kami kenalpasti setakat ini ialah router wireless tidak boleh disambung lagi dengan satu lagi router wireless. Jika dua router wireless disambung maka hanya satu wireless dan LAN yang boleh digunakan atau mungkin kedua-duanya bermasalah. Tetapi jika router wireless satu lagi disambung dari swicth, ini boleh..
Sebenarnya ini adalah kali kelima router wireless jenis 3G/3.75G Wireless N Router TL-MR3420 disetting. Mula-mula setting dalam makmal tak ok, minta bantuan Juruteknik TM pun tak boleh, bawa ke kedai Success Computer, setting di sana ok pulak, bawa balik, test dalam makmal..tak jadi pulak, akhirnya terpaksa panggil Yo ke sekolah. Tengahari Jumaat baru ok, itupun bila tahu dua router wireless tak boleh sambung menyambung. Kalau nak sambung juga kena sambung dari swicth. Sebagai saguhati kena keluar duit poket sendiri RM50.00 untuk YO.. terima kasih YO.

Comments
Post a Comment