Sebenarnya aku baru diamanahkan untuk jadi PGB/GICT baru tahun ni, jadinya..SSQS adalah perkara baru bagiku. Dalam penarafan yang baru diberikan oleh JPN baru-baru ini, berdasarkan data yang dikemaskini bulan Mac, SKSYP1 hanya diberikan 3 bintang. Malu sungguh aku dengan GB bila penarafan tahun ini rendah berbanding tahun lepas. Kalau tak silap aku, tahun lepas, SKSYP1 dapat 4 bintang; maklumlah tahun lepas Cikgu Zarina yang jadi PGB, pengalamannya hampir sepuluh tahun, sama jadi dengan makmal komputer SKSYP1.
Sebenarnya Kak Dah ( Guru Besar sebelum Cikgu Roznan) yang mula amanahkan aku sebagai PGB/GICT, bagiku cukuplah kalau aku sekadar membantu Cikgu Zarina tetapi rupanya bila senarai AJK ICT diumumkan Cikgu Zarina tidak terlibat langsung. Katanya Cikgu Zarina akan diamanahkan tugasan dan tanggugjawab yang lebih mencabar. Sebagai 'orang kecil', aku sentiasa menurut perintah.
Untuk kutipan data SSQS kali ini, kalau tak silap, mulai 4 Julai hingga 24 Julai 2011. Masalahnya...dua hari selepas tarikh mula..webpage SSQS langsung tak boleh dibuka..bila tanya PKG Bedal, katanya Web berkenaan kena 'godam' dua hari lepas tu..kabel telefon depan SKSYP1 pula kena godam. Dengan panorama wayar telefon terjuntai-juntai..mungkin belum sempat digodam sepenuhnya..maka talian schoolnet (TM Boradband?) dan talian telefon sekolah 'senyap kote'.
Makanya terpaksalah kerja-kerja kemaskin data SSQS dibuat di rumah. Nasib baiklah di rumah ada streamxy. Malangnya pula..malam tadi cuma data seorang murid saja sempat kemaskini, line SSQS bukan merangkak, bukan mengesot..lebih lambat lagi dari tuu, nak kata gapa pun tak tahu..malam nii 13 Julai 2011 jam 10.20 malam, dah 3 kali cuba masuk web SSQS tapi tak leh jugak. Sambil-sambil tunggu 'line clear' maka kesempatan diambil untuk tulis cerita nii.
Setakat nii cuma 2 respondan saja yang sudah diisi. Petang tadi, aku dah telefon juruteknik PKG Bedal, kalau masalah ni tak selesai juga..ore tua nii nak merajuk dah!.Dah la guna komputer kita..line streamyx kita..masa rehat kita..demo nak jaga server biar ok sikit pun payah...

Kawe pun senasib dengan demo malam ni... tumpang lepas geram kat blog demo deh...
ReplyDelete