Skip to main content

CD Kaspersky Antivirus TM School Broadband

Hari ini, 18 Mei 2011 ( Khamis) aku baru terima 2 keping CD Installer TM School Broadband. Urusan borang perakuan penerimaan diuruskan oleh En Amran. Satu keping CD diletakkan di pejabat ( dlm simpanan En Amran) dan sekeping lagi aku simpan untuk kegunaan makmal komputer.
Mulai jam 2.00 petang aku cuba gunakan CD tersebut untuk komputer makmal. Sebenarnya hanya beberapa buah sahaja komputer yang masih berfungsi dengan baik. Kebanyakannya bermasalah kerana telah hampir 6 tahun digunakan.
Dengan bantuan pegawai bahagian Helpdesk : 1800 22 77 22 aku berjaya menginstall KAV TM BB. Beberapa tips akan dikongsikan kemudian. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...