Skip to main content

Hubungan Internet Pulih

Hari ini Ahad 27 Feb 2011, internet telah boleh digunakan setelah seminggu bermasalah. Terima kasih Allah.Terima kasih KPM. Terima kasih JPN. Terima kasih PPD dan terima kasih semua.........
Sebenarnya minggu lepas aku telah cuba mendapat kepastian dari Pegawai ICT PPD K Krai berkaitan hubungan internet. Beliau memaklumkan bahawa pada 8 Mac ini Guru Besar akan bermesyuarat untuk memilih siapa yang akan menyediakan kemudahan internet ke sekolah atau meneruskan dengan GITN yang sedia ada sebelum ini. Syukur hari ini hubungan internet telah mula pulih.
Sebenarnya banyak perkara yang tergendala bila tiada internet, tambahan pula sekarang pihak tertentu sedang mengemaskinikan maklumat SKPM.
Program ZoomA yang telah dimulakan beberapa minggu lepas juga sedikit tergendala kelancarannya kerana kebanyakan murid yang terlibat dengan Program ZoomA tidak mempunyai internet di rumah mereka.
Program Permata Pintar yang perlu disiapkan sebelum April juga satu lagi hambatan yang perlu disegerakan. Semuanya memerlukan hubungan internet.
Sekali lagi syukur Ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...