Skip to main content

ASPEK KESELAMATAN

Aspek Keselamatan Perkakasan

4.1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal
tanpa kebenaran.
4.2. Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar,
kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di
dinding yang bersambung ke komputer itu.
4.3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan
perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4.4. Imbas cakera liut / “Usb Flash Drive” sebelum digunakan untuk
mengelakkan dari berlaku sebaran virus kepada fail-fail dalam komputer.
4.5. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari
sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
4.6. Matikan suis pencetak selepas digunakan.
4.7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan
kepada guru penyelaras makmal komputer.
4.8. Jeriji besi perlu dipasang di pintu dan di tingkap untuk mengelakkan
kecurian.
4.9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu
dipasang untuk mengesan kejadian kebakaran sekiranya berlaku.
Tindakan pantas perlu di ambil dengan menghubungi pihak berkuasa
sekiranya sistem penggera berbunyi.
4.10. Pemacu cakera liut perlu diselenggara secara berkala supaya ianya
berada berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

5. Aspek Keselamatan Komputer
5.1. Suhu di dalam makmal komputer mestilah tidak lebih daripada 40 darjah Celcius.
Penggunaan alat pendingin udara adalah digalakkan.
5.2. Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau
UPS supaya voltan elektrik ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
Elakkan dari terlalu banyak menggunakan “socket extension”.
5.3. Jika perlu memindahkan komputer, elakkan dari terhantuk, tergegar
dengan kuat atau terjatuh.
5.4. Jangan biarkan unit sistem terdedah terlalu lama tanpa “casing”.
5.5. Gunakan peralatan “can-air” untuk kerja-kerja membersihkan habuk di
bahagian dalam unit sistem.
5.6. Tanggalkan palam 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai
menggunakan komputer.
5.7. “Shut down” unit sistem dahulu sebelum menyambung sebarang peranti
ke komputer .
5.8. Elakkan papan kekunci daripada terkena air dan terdedah kepada habuk.
5.9. Penyambungan kabel-kabel ke unit system perlu dilakukan dengan
berhati-hati supaya pin kabel tidak terliuk, terpatah atau termasuk ke
dalam.

6. Aspek Keselamatan Komputer
A. Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Liut
i. Jangan letakkan sebarang alatan atau bahan yang berat di atas cakera
liut.
ii. Jangan mendedahkan cakera liut kepada haba yang sangat panas,
pancaran cahaya matahari yang kuat dan air .
iii. Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan alatan bermagnet seperti
pembesar suara, telefon, headsets dan monitor.
iv. Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan cakera.
v. Simpanlah cakera liut di dalam bekas yang selamat.
vi. Masukkan cakera liut ke dalam pemacu mengikut aturan yang betul.
vii. Semasa lampu pemacu cakera liut sedang menyala, jangan keluarkan
cakera liut tersebut.

B. Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Padat
i. Jangan mendedahkan cakera padat kepada pancaran cahaya matahari
yang kuat atau haba yang sangat panas.
ii. Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
iii. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan bahagian
atas cakera padat. Gunakan alat tulis seperti pen penanda.
iv. Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih
v. Gunakan teknik yang betul ketika memegang cakera padat.
vi. Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam jewel box nya.

C. Aspek Keselamatan Perisian Komputer
i. Laporkan sebarang kerosakan perisian komputer kepada guru
penyelaras makmal dan komputer berkenaan dilabelkan dengan
maklumat kerosakan.
ii. Jangan menyalin perisian dari luar ke dalam cakera keras komputer
tanpa kebenaran.
iii. Jangan membawa masuk sebarang perisian dari luar ke dalam makmal
tanpa kebenaran.
iv. Jangan menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran.
v. Kemaskinikan perisian anti-virus dari semasa ke semasa.
vi. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu
dihapuskan dan buat salinan semula ke cakera keras.
vii. Jika terdapat virus menjangkiti mana-mana cakera keras, imbas dan
nyahkannya.
viii. Lakukan aktiviti ”scandisk” dan ”defrag” untuk cakera keras dengan
kekerapan sekali dalam sebulan.

7. Pengurusan Stok, Inventori Peralatan Dan Perisian Komputer
Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan di kebanyakan makmal komputer
sekolah tidak lengkap dan ini menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini
penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak, mengesan dan
mengemaskini untuk memudahkan pentadbiran makmal komputer.

Buku Stok
Buku Stok makmal komputer disediakan dalam tiga jenis.
• Stok Bekalan Pejabat - untuk merekodkan peralatan dan bahan yang
luak serta nilai harganya adalah rendah.
• Stok Inventori - untuk merekodkan barang tidak luak yang harganya
kurang RM500.00
• Stok Harta Modal - untuk merekodkan barang-barang tidak luak yang
berharga RM500.00 dan ke atas.
Penyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling Perbendaharaan
Bil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi. Penggunaan komputer dalam
pengurusan stok adalah digalakkan.

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

Cadangan Agihan PC di Sekolah.

Selongkar Harddisk lama, terjumpa dokumen tentang perkara di atas, sekurang-kurangnya sebagai pengetahuan kita. Mungkin perlaksanaannya ikut kemampuan. Sila klik imej untuk melihat dengan lebih jelas