Skip to main content

Taklimat Guru ICT di PKG Bedal

Hari ini. Isnin, 27 Feb 2011, jam 9.00 pagi, deringan hp dari PK 1 mengarahkan aku ke PKG Bedal kerana sesuatu keperluan. Aku difahamkan arahan asal adalah kepada guru besar untuk menghadirinya. Bila taklimat hendak dimulakan, GB yang hadir difahamkan bahawa Guru ICT atau GPB yang perlu hadir. GPB itu maknanya Guru Penyelaras Bestari. Tak tahu lah mana silapnya. 9.30 pagi aku sampai di PKG Bedal dan GB SKSYP 1 ; cikgu Raznan meminta aku menggantikannya. Selepas bersalam dgnnya aku terus ketingkat 3.
-PKG Bedal.
Sessi taklimat disampaikan oleh Ketua Penyelaras(?) PKG Pahi. Lebih tertumpu kepada pengisian borang-borang untuk pemantauan. Sebagai orang baru diamanahkan sebagai Guru ICT, SSQS adalah perkara baru bagiku..tapi kena la belajar.. InsyaAllah.
Jam 10 berhenti rehat, hampir jam 11 baru mula balik. Taklimat oleh Juruteknik PKG Bedal Cik Siti Aisyah.. bekas muridku di SK Lela Jasa..gaya dan penampilan taklimat banyak yang perlu diperbaiki... sesiapa yg nak belajar buat web dan blog boleh buaT pengesahan kerana bulan Jun ( dlm cuti sekolah) nanti kursus berkenaan akan diadakan. Masalahnya ialah...PPG Kuala Krai sendiri ada ke web/blog....
Maklumat status peralatan makmal perlu dilaporkan selewat-lewatnya hari khamis ini. InsyaAllah. Nasib baik sebelum ini aku telah cuba mengenalpasti peralatan yang mana ok , yg mana tak ok. Kadang-kadang petang pun kena dtg, sabtu minggu dulu pun datang juga. Dah amanah orang..buat setakat daya... pokoknya jgn tekan sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...