Skip to main content

LAPORAN 2 MAC 2011

Hari ini, 2 Mac 2011, Rabu. Mulai jam 9.00 aku menumas di makmal komputer bawah. Pada 11.oo pagi cikgu Zulhisan; Setiausaha peperiksaan UPSR yg baru dilantik tahun ini meminta aku ke pejabat sekolah utk menolongnya menyelesaikan sedikit masalah berkaitan kemasukan data calon UPSR 2011.
Hasratku utk selesaikan masalah mengenalpasti kemenjadian komputer makmal bawah ditangguhkan sementara.
Sedikit cerita tentang SU UPSR; Cikgu Zul..
Sebagai orang baru dalam dunia pendaftaran UPSR, beberapa ralat terbuat semasa pendaftaran calon UPSR. Dalam memasukkan data kali pertama, laptop yang digunakan buat hal bila nak diprint laporan pendaftaran.
Untuk membolehkan data dipindahkan; untuk tujuan print dikomputer lain, sistem pendaftaran menghendaki no calon dikemaskini. Bila dikemaskini nombor calon dan diprint barulah disedari 2 orang calon terlebih...jumlah sebenar 93 calon, tapi calon yg tersenarai 95 orang. Walaupun kemaskini calon dibenarkan oleh sistem namun proses membuang nama calon yang terlebih menyebabkan angka giliran terlangkau 2 nombor.
Bila perkara ini diajukan kepada Cikgu Zubir ( dahulunya bertugas sebagai SU UPSR di SK SYP1 dan sekarang diamanahkan sebagai Penolong PPD - Matematik & Sains) proses pendaftaran diminta dibuat sekali lagi; maknanya kena taip semula 93 nama dan lain-lain maklumat calon...rasa bersalah yang amat sangat dihati ini menyebabkan aku meminta Cikgu Zul menangguhkan dulu hasratnya sehingga beberapa usaha dibuat untuk membetulkan keadaan.
Apabila semua usaha untuk menyelamatkan/ membetulkan data gagal dilakukan, Cikgu Zul terpaksa memasukkan semula semua data calon UPSR…rasa bersalah masih terbenam jauh dilubuk hatiku.
Walaupun sebenarnya tarikh akhir data pendaftaran calon sepatutnya hari ini, memandangkan masalah yang timbul, Cikgu Zul dibenarkan hantar pada hari esok. Maka menumaslah Cikgu Zul menaip memasukkan semula data calon UPSR 2011 untuk kali ke2….. bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...