Skip to main content

Format PC pada 5 Mac 2011

Hari ini 5 Mac 2011. Perancangan asalnya untuk membaikpulih komputer makmal bawah yang dikenalpasti bermasalah. Jumlah komputer yang dibekalkan untuk makmal bawah ialah 21 buah termasuk komputer guru. Empat (4) buah dipindahkan ke:
1. Pejabat sekolah.
2. PK1
3. Pra
4. Pusat Sumber
Jumlah komputer yang boleh digunakan pada 5 Mac ialah 8 buah. Pengiraan komputer yang bermasalah setakat ini ialah:
A.JUMLAH KOMPUTER YG DIBEKALKAN = 21
B.JUMLAH KOMPUTER BERPINDAH = 04
C.JUMLAH KOMPUTER YANG BOLEH DIGUNAKAN = 08
D. JUMLAH B+C = 12
E. JUMLAH KOMPUTER YANG BERMASALAH = A-D (21-12) = 9 BUAH.

Proses mengenalpasti kerosakan/ketidakmenjadian komputer dimulakan dengan CPU bernombor Siri MIP0208240605026.
1. CPU ini boleh berfungsi tetapi bila nak masuk windows, ralat 'NTLDR is missing' dipaparkan. Press Ctrl Alt Delete to restart.
2. Masalah cuba diselesaikan dengan bantuan 'Google'. Boleh rujuk : http://www.tech-pro.net/howto-fix-ntldr-is-missing.html. Masalahnya CD Windows tiada. Cuba download win xp sp3 di sini: http://www.softwarepatch.com/windows/winxpsp3-security.html

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat...