Skip to main content

Servis Malam Jumaat

Malam Jumaat;22 Sept 2011.- Makmal Komputer Atas
Siang tadi,  jam 7.30 ptg aku dapt mesej dari Firdaus, Jaga SKSYP1...lampu bilik komputer X ttp nii. Mmemandangkan waktu maghrib dah masuk, aku terus mengerjakan solat maghrib dan kemudian bergegas ke masjid Ar Rahmat kerana malam nii ada kelas Tajwid. Selesai urusan di masjid dan pekena sedikit teh o, aku terus ke sekolah berkaitan mesej Firdaus tadi.
Sebelum terlupa..di masjid tadi, aku ditunjukkan oeh Pak Yeh sebuah lagi speker lama masjid yang sudah tidak digunakan. Sebenarnya..sebelum ini aku telah minta sebuah speker masjid yang tidak digunakan lagi dan telah lama disimpan dalam stor..untuk kegunaan makmal komputer. Termasuk yang baru di tawarkan oleh Pak Yeh ini, maknanya telah ada dua speker yang insyaAllah akan digunakan untuk makmal komputer tingkat atas dan bawah. Sebenarnya speker dalam makmal ini sangat berguna..pertamanya kalau ada apa-apa pengumuman, pengguna makmal akan dapat maklumat yang diumumkan. Sebelum ini kalau ada apa-apa pengumuman..kita yang di dalam makmal akan terlepas kerana dalam tempat tertutup macam nii mana nak dengar perkara-perkara di luar. Keduanya..jika ada apa-apa program menggunakan makmal tak payahlah kita kalut menyediakan sistem siaraya kerana speker tuu juga boleh digunakan. Harap-harap speker lama tuu menjadi sebelum pihak sekolah mampu menyediakan prasarana siaraya yang lebih baik untuk makmal komputer.
Berbalik kepada cerita mesej dari Firdaus tadi..
Aku sampai di sekolah lebih kurang jam 10.30 malam. Memang lampu bilik makmal komputer bawah masih menyala. Mungkin murid yang guna semalam terlupa menutupnya. Maknanya lampu itu telah lebih 24 jam menyala kerana hari ini makmal bawah tidak dibuka. Aku sehari suntuk di makmal atas sahaja. Cikgu Sathia, guru yang bertanggungjawab dengan makmal bawah tiada di sekolah hari ini.
Alang-alang dah datang ke sekolah. aku terus ke makmal atas untuk install antivirus kaspersky pada komputer KA19 yang tidak sempat diinstall petang tadi. KA19 sebelum ini meragam dan aku ambil keputusan untuk install semula win 7. Sambil-sambil itu sempat juga servis komputer KA7 yang berbeep-beep. Kalu tak salah ramnya yang bermasalah. Setelah digosok-gosak sedikit, akhirnya KA7 dapat berefungsi dengan baik. Bila diperiksa antivirusnya, masih menggunakan antivirus BTP dan belum ditukarkan kepada antivirus yang dibekalkan oleh TM Boradband/ schoolnet. Jadi antiviirus BTP perlu diremovekan dan digantikan KAV TM Broadband. Dah selesai install perlu pula update. Sambil-sambil update KAV itulah maka posting ini ditulis..untuk peringatan diri sendiri jua....

Comments

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

Cadangan Agihan PC di Sekolah.

Selongkar Harddisk lama, terjumpa dokumen tentang perkara di atas, sekurang-kurangnya sebagai pengetahuan kita. Mungkin perlaksanaannya ikut kemampuan. Sila klik imej untuk melihat dengan lebih jelas