Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

UJIAN AKSES WIRELESS BILIK PK 1

Ahad; 31 Julai 2011 - jam 10.15 pagi. Ujian akses wireless dari bilik PK 1 dengan akses kepada wireless SKSYP1 A menunjukkan stastus 'very low' ( 2 bar sahaja) namum boleh diakses dengan baik. Akses kepada wireless 'DEWAN TERBUKA SKSYP1' tiada. posting ini dibuat menggunakan dekstop di bilik PK1.

WIRELESS SKSYP1 A - BERFUNGSI DGN BAIK

Sabtu 30 Julai 2011 - 12.15 tgh - Ujian menunjukkan Wirelsss SKSYP1 A yang ditempatkan d iaras 1 Blok Pentadbiran berfungsi dgn baik. posting ini dibuat dgn akses kpd wireless bersebut. Kawasan liputan : 1. Keseluruhan Blok Baru. 2. Blok A. 3. Blok B 4. Luar makmal komputer Kantin lama tiada liputan..

WIRELESS - DEWAN TERBUKA SKSYP1

30 Julai 2011 - 12.04tgh Wireless Router yang diletakkan di Dewan Terbuka dipasrikan berfungsi dgn baik. Posting ini ditulis dengan akses kpd router teesebut.

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

WIRELESS OH WIRELESS -3

Setelah habis kursus/taklimat untuk ketua pengawas UPSR di Crown Hotel KB jam 12.30 tgh 27 Julai 2011. aku terus ke sekolah untuk untuk mengambil borang kajiselidik SSQS guru yang belum dikemaskini. Sebenarnya masih terdapat beberapa orang guru yang belum menghantar borang tersebut dan tarikh kemaskini kian menghampiri penghujungnya. Malangnya tiada borang di tempat yang telah dijanjikan. Kemudian aku terus ke makmal komputer untuk melihat samada line tm schoolbroadband yg terganggu hampir sebulan telah pulih atau belum. Allahamdulillah..ternyata line internet telah pulih. Setelah mempastikan komputer di makmal dapat akses internet, aku ke pejabat untuk mempastikan sistem wireless yang telah siap dipasang minggu lepas berfungsi dengan baik. Allahamdulillah komputer pejabat dan komputer bilik Ketua Pembantu Tadbir (CC) dapat akses wireless. Komputer bilik Kak Za (PK1) sahaja yang tidak dapat dipastikan kemenjadianya kerana mousenya bermasalah. Aku terus berjumpa dengan CC untuk bertan

PUSAT AKSES SKSYP1 - SIRI 1

InsyaAllah cerita tentang Pusat Akses SKSYP1 ini akan diceriterakan secara bersiri.. dgn tujuan..antaranya memudahkan anak cucu di SKSYP1 mengetahui sejarahnya. Pusat Akses SKSYP1 lahir bersama tertegaknya dua blok bangunan tambahan 4 tingkat. Terletak di aras 3 blok pentadbiran. Dengan keluasan 1 bay, dilengkapi dua kipas syiling dan satu pendinginhawa. Sejak mula penyerahannya sehingga kini..26 Julai 2011, keadaannya tidak berubah-ubah. Terdapat 8 kabel LAN yang terjulur keluar.. yang mungkin menunjukkan bilik akses ini akan ditempatkan dengan 8 buah komputer. Malangnya kabel tersebut tersebut belum diuruskan dengan sempurna kerana kepala kabelnya belum ada..kabel kontot sahaja. Terdapat juga satu rangkaian/timbunan kabel LAN yang mungkin di situ akan ditempatkan swicth. Siang tadi 26 Julai 2011, aku sempat menghubungi Pegawai ICT PPD Kuala Krai, En Nik.... untuk bertanyakan tentang status bekalan peralatan ICT ke bilik akses. Aku difahamkan bahawa bekalan peralatan ICT ke bili

WIRELESS OH WIRELESS - 2

Petang tadi semasa sedang sibuk memaku wire LAN untuk kemasan terakhir sistem wireless sekolah, aku disapa oleh GB Cikgu Roznan. Katanya " Cikgu Hak, payahnya ***** nak luluskan peruntukan wireless hak kita minta...." Aku diam jee, dalam hati..kalau payah-payah, aku sponser saja. Setakat ini aku telah beli satu wireless router 3G 100M dengan harga tertulis pada kotak RM140.00 dan satu wireless router 75M dengan harga tertulis pada kotak RM75.00. Satu swicth dengan harga tertulis pada kotak RM63.00. Tiga kabel LAN 50 meter dengan harga setiap satu RM50.00 dan satu kabel LAN 30 meter dengan harga tertulis pada kotak RM33.00 dan sedikit belanja untuk lain-lain spt 2 kotak klip wayar dan kotak plag. Hari Khamis lepas; 7 Julai 2011 aku hantar bil pada PK1 sebanyak RM500 lebih. Belum termasuk lain-lain belanja dan upah wiring plag belakang blok B. Semalam aku terlihat **** datang ke sekolah, ingat ko nak sain cek..top..top timbul cerita.. tak sir sain cek pula sebab....tak apala

SSQS 2011 - KUTIPAN JULAI

Sebenarnya aku baru diamanahkan untuk jadi PGB/GICT baru tahun ni, jadinya..SSQS adalah perkara baru bagiku. Dalam penarafan yang baru diberikan oleh JPN baru-baru ini, berdasarkan data yang dikemaskini bulan Mac, SKSYP1 hanya diberikan 3 bintang. Malu sungguh aku dengan GB bila penarafan tahun ini rendah berbanding tahun lepas. Kalau tak silap aku, tahun lepas, SKSYP1 dapat 4 bintang; maklumlah tahun lepas Cikgu Zarina yang jadi PGB, pengalamannya hampir sepuluh tahun, sama jadi dengan makmal komputer SKSYP1. Sebenarnya Kak Dah ( Guru Besar sebelum Cikgu Roznan) yang mula amanahkan aku sebagai PGB/GICT, bagiku cukuplah kalau aku sekadar membantu Cikgu Zarina tetapi rupanya bila senarai AJK ICT diumumkan Cikgu Zarina tidak terlibat langsung. Katanya Cikgu Zarina akan diamanahkan tugasan dan tanggugjawab yang lebih mencabar. Sebagai 'orang kecil', aku sentiasa menurut perintah. Untuk kutipan data SSQS kali ini, kalau tak silap, mulai 4 Julai hingga 24 Julai 2011. Masalahnya.

WIRELESS OH WIRELESS 1

Hari ini ; Jumaat 8 Julai 2011, telah bertungkus lumus sepanjang minggu lepas dan seminggu sebelumnya. Masalah wireless sekolah InsyaAllah akan selesai sekurang-kurangnya Isnin depan. Bila berpindah ke blok baru, ramai kawan-kawan bertanya bila wireless akan dapat diakses. Menyedari kepentingan sambungan internet terutama untuk Cikgu Norfaiza; Guru Data SKSYP1 dan guru-guru lain yang aktif berinternet ( walaupun dengan apa-apa tujuan..), aku yang kerdil lagi jahil tetapi diamanahkan sebagai PGB menggagahkan diri untuk cuba-cuba menyambung sendiri wireless dan LAN ke blok baru. Bantuan kawan-kawan yang aku anggap 'guru' dalam bidang ini telah dimohon tetapi disebabkan kekangan tersendiri maka bantuan YO dari success computer kuala krai banyak membantu. Memang patut pun sebab semua router dan kabel-kabel yang diperlukan dalam proses upgred wiress dibeli dari Success Computer K Krai..... Pagi ini mulai jam 9.30 pagi hingga 12.30 tgh Yo bersama aku cuba membuat sentuhan terakhir