Skip to main content

GARIS PANDUAN & PROSEDUR ICT UTK PENYELARAS ICT SEKOLAH

1. Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Pada  masa  kini  sekolah  semakin  bergantung  kepada penggunaan sistem automasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi memproses maklumat untuk menyokong operasi harian dengan lebih baik. Program keselamatan ICT yang berkesan adalah penting untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat. Memandangkan ancaman keselamatan yang semakin meningkat dan kerumitan dalam sistem ICT yang digunakan, maka Penyelaras ICT Sekolah mestilah sentiasa memastikan bahawa risiko keselamatan ICT diurus dengan sewajarnya. Selain melaksana kawalan teknikal, amalan operasi dan pentadbiran yang mantap amat penting bagi memastikan pelaksanaan program keselamatan ICT berkesan.
Buku ini mendefinisikan keperluan mengekalkan tahap keselamatan minimum bagi sistem ICT yang digunakan dalam menyokong operasi di sekolah, dan tertakluk kepada semakan berkala. Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai hak untuk mengemas kini dokumen ini apabila perlu.
Muaturun Garis Panduan dan Prosedur Keselamatan ICT untuk Penyelaras ICT Sekolah Di Sini

Popular posts from this blog

Garis Panduan Pembelian Peralatan ICT

G Bagi permohonan baru sila dapatkan kelulusan dari Unit Akaun JPN untuk menggunakan wang SUWA. Setelah mendapat kelulusan dari Unit Akaun JPN, isi   borang JKICT . Borang boleh dimuat turun dari laman web Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT atau melalui fax. Buat surat permohonan pembelian Dapatkan sebut harga syarikat Dapatkan sijil pendaftaran kewangan syarikat Buat salinan baki terkini akaun buku tunai dan buku subsidiary Hantar permohonan anda ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT. Rujukan di sini

Taklimat PKG Bedal 5 Okt 2011

A. Kemaskini SPPICTS B. Bererapa buah sekolah akan diupgred kepada makmal bahasa: 1. Sk SYP2 2. SK Guchil 3. SK 3 .CD MBMMBI perlu dinstall kedalam komputer di makmal. CD telah diberikan.

CD Kaspersky Antivirus TM School Broadband

Hari ini, 18 Mei 2011 ( Khamis) aku baru terima 2 keping CD Installer TM School Broadband. Urusan borang perakuan penerimaan diuruskan oleh En Amran. Satu keping CD diletakkan di pejabat ( dlm simpanan En Amran) dan sekeping lagi aku simpan untuk kegunaan makmal komputer. Mulai jam 2.00 petang aku cuba gunakan CD tersebut untuk komputer makmal. Sebenarnya hanya beberapa buah sahaja komputer yang masih berfungsi dengan baik. Kebanyakannya bermasalah kerana telah hampir 6 tahun digunakan. Dengan bantuan pegawai bahagian Helpdesk : 1800 22 77 22 aku berjaya menginstall KAV TM BB. Beberapa tips akan dikongsikan kemudian. InsyaAllah.