Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Format PC pada 7 Mac 2011

Hari ini; 7 Mac 2011, jam 6.10 ptg di makmal komputer bawah. Tugasan : Format CPU MIP0280250605093 dan MIP0280240605011 Status pada 7 Mac 2011

Format PC pada 6 Mac 2011

Jam 4.50 ptg, masih di makmal komputer bawah, menyambung tugasan format CPU MP0280240605034. Tugasan tgh tadi sedikit terganggu kerana pada jam 1.30 - 2.30 aku mengambilalih kelas 6B yang sepatutnya dikendalikan oleh Cikgu Asiah. Beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kecemerlangan. Kelas 6B sepatutnya hampir keseluruhan adalah murid target 5A 2011, ini bermakna mereka 100% erlibat dlm ZoomA yang dibiayai oleh PIBG. Sessi dimulakan dengan mengenalpasti permasalahan murid yang belum login ZoomA. Hanya 6 orang dari 25 orang yang mengaku. Alasannya tiada kemudahan ICT di rumah. Murid lain pula memberi alasan terlupa id dan password. Kertas yang diberi dahulu telah hilang. Setelah diberikan taklimat murid dibenarkan mendaftar keakaun masing-masing atau membuat latihan tambahan bagi murid yang sudah mendaftar. Petang ini tugasan meformat komputer disambung lagi, 2 PC run serentak. 1. MP0280240605034 2. MP0208240605026 Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal, akhirnya kedua-dua CPU berkena

Format PC pada 5 Mac 2011

Hari ini 5 Mac 2011. Perancangan asalnya untuk membaikpulih komputer makmal bawah yang dikenalpasti bermasalah. Jumlah komputer yang dibekalkan untuk makmal bawah ialah 21 buah termasuk komputer guru. Empat (4) buah dipindahkan ke: 1. Pejabat sekolah. 2. PK1 3. Pra 4. Pusat Sumber Jumlah komputer yang boleh digunakan pada 5 Mac ialah 8 buah. Pengiraan komputer yang bermasalah setakat ini ialah: A.JUMLAH KOMPUTER YG DIBEKALKAN = 21 B.JUMLAH KOMPUTER BERPINDAH = 04 C.JUMLAH KOMPUTER YANG BOLEH DIGUNAKAN = 08 D. JUMLAH B+C = 12 E. JUMLAH KOMPUTER YANG BERMASALAH = A-D (21-12) = 9 BUAH. Proses mengenalpasti kerosakan/ketidakmenjadian komputer dimulakan dengan CPU bernombor Siri MIP0208240605026. 1. CPU ini boleh berfungsi tetapi bila nak masuk windows, ralat 'NTLDR is missing' dipaparkan. Press Ctrl Alt Delete to restart. 2. Masalah cuba diselesaikan dengan bantuan 'Google'. Boleh rujuk : http://www.tech-pro.net/howto-fix-ntldr-is-missing.html . Masalahnya CD Windows tiada.

LAPORAN 2 MAC 2011

Hari ini, 2 Mac 2011, Rabu. Mulai jam 9.00 aku menumas di makmal komputer bawah. Pada 11.oo pagi cikgu Zulhisan; Setiausaha peperiksaan UPSR yg baru dilantik tahun ini meminta aku ke pejabat sekolah utk menolongnya menyelesaikan sedikit masalah berkaitan kemasukan data calon UPSR 2011. Hasratku utk selesaikan masalah mengenalpasti kemenjadian komputer makmal bawah ditangguhkan sementara. Sedikit cerita tentang SU UPSR; Cikgu Zul.. Sebagai orang baru dalam dunia pendaftaran UPSR, beberapa ralat terbuat semasa pendaftaran calon UPSR. Dalam memasukkan data kali pertama, laptop yang digunakan buat hal bila nak diprint laporan pendaftaran. Untuk membolehkan data dipindahkan; untuk tujuan print dikomputer lain, sistem pendaftaran menghendaki no calon dikemaskini. Bila dikemaskini nombor calon dan diprint barulah disedari 2 orang calon terlebih...jumlah sebenar 93 calon, tapi calon yg tersenarai 95 orang. Walaupun kemaskini calon dibenarkan oleh sistem namun proses membuang nama calon yang t