Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Laporan 1 Mac 2011

Hari ini 1 Mac 2011, tugasan utama ialah untuk mengemaskini peralaran ICT di makmal bawah untuk kali kedua. Kali pertama dulu, mengenalpasti komputer yang bermasalah dan diasingkan untuk tujuan baikpulih. Kali ke dua ini ialah utk membuat laporan bertulis dgn mengenalpasti no siri alatan dan memastikan kemenjadiannya. Allahamdullilah line internet yang ok menjadi pemangkin kerja-kerja yang dirancang. Cadangan format laporan spt di bawah: Klik imej untuk lebih jelas

Taklimat Guru ICT di PKG Bedal

Hari ini. Isnin, 27 Feb 2011, jam 9.00 pagi, deringan hp dari PK 1 mengarahkan aku ke PKG Bedal kerana sesuatu keperluan. Aku difahamkan arahan asal adalah kepada guru besar untuk menghadirinya. Bila taklimat hendak dimulakan, GB yang hadir difahamkan bahawa Guru ICT atau GPB yang perlu hadir. GPB itu maknanya Guru Penyelaras Bestari. Tak tahu lah mana silapnya. 9.30 pagi aku sampai di PKG Bedal dan GB SKSYP 1 ; cikgu Raznan meminta aku menggantikannya. Selepas bersalam dgnnya aku terus ketingkat 3. -PKG Bedal. Sessi taklimat disampaikan oleh Ketua Penyelaras(?) PKG Pahi. Lebih tertumpu kepada pengisian borang-borang untuk pemantauan. Sebagai orang baru diamanahkan sebagai Guru ICT, SSQS adalah perkara baru bagiku..tapi kena la belajar.. InsyaAllah. Jam 10 berhenti rehat, hampir jam 11 baru mula balik. Taklimat oleh Juruteknik PKG Bedal Cik Siti Aisyah.. bekas muridku di SK Lela Jasa..gaya dan penampilan taklimat banyak yang perlu diperbaiki... sesiapa yg nak belajar buat web dan blog

Vandalisma di Makmal Komputer Bawah

Semalam - Ahad ,26 Feb 2011. Aku dikejutkan dengan perbuatan vabdalisma yang melampau di makmal komputer bawah,.. kebel satu set komputer dipotong. Papan kekunci, mouse dan VGA kabel serta power kabel monitor habis dipotong. Bila dilihat kesan potongan kabel berkenaan ianya kesan gigitan tikus atau tupai... mungkinkah perkara ini terjadi.. Ya Allah lindungilah harta kerajaan yang diamanahkan untuk kami menjaganya.

Bayaran Yuran Tahunan Tambahan - 4 orang

Hubungan Internet Pulih

Hari ini Ahad 27 Feb 2011, internet telah boleh digunakan setelah seminggu bermasalah. Terima kasih Allah.Terima kasih KPM. Terima kasih JPN. Terima kasih PPD dan terima kasih semua......... Sebenarnya minggu lepas aku telah cuba mendapat kepastian dari Pegawai ICT PPD K Krai berkaitan hubungan internet. Beliau memaklumkan bahawa pada 8 Mac ini Guru Besar akan bermesyuarat untuk memilih siapa yang akan menyediakan kemudahan internet ke sekolah atau meneruskan dengan GITN yang sedia ada sebelum ini. Syukur hari ini hubungan internet telah mula pulih. Sebenarnya banyak perkara yang tergendala bila tiada internet, tambahan pula sekarang pihak tertentu sedang mengemaskinikan maklumat SKPM. Program ZoomA yang telah dimulakan beberapa minggu lepas juga sedikit tergendala kelancarannya kerana kebanyakan murid yang terlibat dengan Program ZoomA tidak mempunyai internet di rumah mereka. Program Permata Pintar yang perlu disiapkan sebelum April juga satu lagi hambatan yang perlu disegerakan. Sem

ASPEK KESELAMATAN

Aspek Keselamatan Perkakasan 4.1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran. 4.2. Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu. 4.3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya. 4.4. Imbas cakera liut / “Usb Flash Drive” sebelum digunakan untuk mengelakkan dari berlaku sebaran virus kepada fail-fail dalam komputer. 4.5. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda asing, habuk dan kekotoran. 4.6. Matikan suis pencetak selepas digunakan. 4.7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada guru penyelaras makmal komputer. 4.8. Jeriji besi perlu dipasang di pintu dan di tingkap untuk mengelakkan kecurian. 4.9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk mengesan ke

Senarai Keselamatan Pengguna

3.1. Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti 3.2. Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang. 3.3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna. 3.4. Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna. 3.5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata. 3.6. Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata. 3.7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan. 3.8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas. 3.9. Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggar

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. 1.2 Peraturan Makmal Komputer 2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. 2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. 2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. 2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. 2.7 Semua pengguna dikehendaki mencat

Windows xp cd key

Semua kunci-kunci windows XP KQC2B-X683R-2CDXT-PQ7HQ-47MPT JFQYM-YJQFQ-VBRCY-4VV7W-QRXBY KMTTB-68H32-8MKRK-GBHKT-RKCP6 CX7DD-4GX4Y-BTTR4-H88Y7-GQPWQ XP8BF-F8HPF-PY6BX-K24PJ-TWT6M 8RCKG-36TH8-VWBGK-T3CB6-RHG48 7G4H4-T4XXW-BVXTH-4QP4V-9CV28 PG274-383QX-6C32H-P8RWC-48M4Q CWY3F-JGYHJ-W6KBG-3VYK7-DGG7M X6YWJ-M4TG2-DPGWJ-QCFR8-927M6 QCP6D-7VGVJ-JBKB4-DQMB2-9GTJ3 F7GV4-B7JGY-Q2KQW-6R8BM-FR8D6 HFVK4-TFWFG-4JKDH-H3FTT-8B23W HRPR7-WGJFC-VPHRB-XVFRW-2KPWY V3V63-3QW2G-JMFBY-8F4CM-PDMQW WX736-8YJCM-2JW33-4KJGY-XCDJ6 CQKYH-GKDJC-MJTWP-FPTJX-PKK23 CHYVW-V63RT-67XVC-XJ4VC-M3YWD XMDCV-2TJMR-7JD66-YTVMK-V7PBD RQHFJ-X47QJ-G2XKK-WYQ8P-7W6RG X6MYY-6BH3T-YRBT8-H8YPH-RG68T KVXQ3-RVQFG-FW8KC-2QYC6-67WCD KMM7J-FCXMM-WV8PG-6FQMD-CPTQD D6T24-3FBGM-WTDG8-6Y3WP-77QRJ V88FQ-MFFRR-8D2VY-PG87J-FG7PY XK39D-3PDMC-JMMDK-X8T8M-77YVM 6G3J7-RQ233-FJGHD-GKYP4-QGKPG BKRFY-XPMQP-Y8PTW-BP6JM-B76FJ GP7DR-2T2CQ-JYW2M-DXTMG-DTQWY YWVHF-GT3M6-3QYB2-FCYCH-X47PQ QJ68H-G7T8R-WFR77-D8X8Y-VJ398 6KYDY-JT4MB-6V3JQ-4KKFG-P6C63 6JQPJ-84CFG