Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Tuntutan Upgred wireless akhirnya dibayar -sebahagian jee....

16 Ogos 2011 ( Selasa), Selepas selesai punch kad, aku dipanggil oleh Ketua Pembantu Tadbir (CC) ke biliknya. Beliau mengeluarkan beberapa dokumen berkaitan tuntutan upgred wireless yang aku buat minggu lepas. Tuntutan sebanyak RM390.00 yang dibuat melalui 3 resit akhirnya dilunasi setelah semua dokumen berkaitan ditandatangani dan kini aku dapat kembali RM yang telah dibelanjakan. Kos-kos untuk upah-mengupah tak kira. Tuntutan hanya untuk beli alatan sahaja. Sebahagian lagi tuntutan dibuat kepada PIBG..setakat ini, masih dalam proses..kalau tak silap jumlahnya dalam RM300.00 lebih juga. Harap-harap PIBG tiada masalah dalam menguruskan hal-hal seumpama ini.

Akses Internet melalui Kabel LAN ke Bilik PK Pendidikan Khas dipastikan OK

Khamis - 18 Ogos 2011. Sebelum bergegas untuk kerja-kerja SULIT UPSR di Bilik Kebal SMKKK, akses internet ke bilik PK Pend Khas; Cikgu Mat Ail telah dipastikan berfungsi dengan baik. Akses internet melalui sambungan kabel LAN tentunya lebih laju berbanding dengan wireless. Cikgu Mat Ail telah membelanjakan RM50.00 untuk kerja-kerja penyambungan internet ke biliknya.

Sambungan Kabel LAN ke Bilik PK Pendidikan Khas

Rabu 17 ogos 2011; jam 3.00 ptg: Kerja-kerja menghubungkan komputer bilik PK Pend. Khas dengan menggunakan kabel LAN disambung lagi. Penyambungkan dimulakan dari Akses Point ' Dewan Terbuka' mealui belakang Blok Pentadbiran dengan menggunakan Kabel LAN 30 meter. Kerja-kerja siap pada 4.00 ptg. Kemenjadian tidak dapat dipastikan kerana pejabat cuti - cuti Nuzul Quran ( Negeri Kelantan sahaja)

UJIAN WIRELESS SKSYP1 DARI DEWAN PEPERIKSAAN

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas Ujian liputan wireless dari Dewan Peperiksaan menunjukkan Router  'Dewan Terbuka SK SYP1' dalam keadaan memuaskan. Posting ini ditulis dari belakang dewan peperiksaan pada 14 ogos 2011, jam 8.55 pagi. Ujian dengan akses kepada router 'SKSYP1' menunjukkan status ________ dan ujian kepada akses  lisksy menunjukkan gagal dan pemeriksaan mendapati router berkenaan rosak dan perlu diganti.

PANDUAN MENGGUNAPAKAI LCD DI MAKMAL KOMPUTER ATAS.

ICT SK SULTAN YAHYA PETRA 1, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN. http://ict-sksyp1.blogspot.com/ email: ictsksyp1@gmail.com Tel: 09- 9607181 ___________________________________________________ PANDUAN MENGGUNAPAKAI LCD DI MAKMAL KOMPUTER ATAS. 1.       Pastikan suis untuk LCD dipasang ( swicth on ) 2.       Pastikan suis AVR ( Automatic Voltage Regulator) di pasang. 3.       Pastikan Input Voltage dan Output Voltage pada AVR berfungsi . Jika output tidak berfungsi, tunggu sehingga ia berfungsi atau tukar AVR lain. 4.       Pastikan CPU dan monitor telah disambung kepada AVR . 5.       Pasang (on ) suis CPU . 6.       Pastikan LCD telah berfungsi/ mengeluarkan paparan cahaya. 7.       Tekan butang   ‘input’   pada LCD   sebanyak 5 kali ( five times ) sehingga   dipaparkan Detacting…RGB2 8.       Sekarang sdra/i boleh menggunakannya dengan penuh tanggungjawab. 9.       Jika hendak off kan LCD , tekan butang ‘ standby/On sebanyak 2 kali ( two t imes ) dan biarkan kipas LCD terus bero

SSQS disambung lagi???

Pengemaskinian data SSQS sehingga tarikhnya pada 30 Julai 2011 menunjukkan data SKSYP belum lengkap sepenuhnya.. Hari ini, aku terima SMS dari PKG Bedal memaklumkan pengemaskinian data masih boleh dilakukan. Sehingga 12.15 pagi 4 Ogos 2011; 16 darpada 30 respondan guru belum dikemaskinikan. 5 daripada 30 respondan murid belum dikemaskinikan. Harap-harap esok sempat dikemaskinikan. Sebenarnya banyak masalah yang perlu diberi penambahbaikan semasa mengemaskini data SSQS. InsyaAllah akan dibincang kemudian.

PINDAH ROUTER WIRELESS

Selas 2 Ogos 2011; jam 8.30 pagi - Router wireless terpaksa dipindahkan dari aras satu kearas dua sebagai menghargai rungutan guru-guru di bilik guru tentang ketiadaan liputan isyarat di bilik guru yang terletak di aras 3 blok pentadbiran. Posting ini dibuat dari bilik guru sebagai sebahagian kebolehan aksesan internet dari bilik guru. Status wireless menunjukkan ' very low'.